Thursday, January 14, 2010

Angan-anganKu

Sudah lama angan-angan atau lebih tepat lagi "IMPIAN" aku tetapkan dalam diri aku..... Tp sekarang aku tidak tahu samada IMPIAN-IMPIAN aku ini masih lagi dapat aku tunaikan.....

  1. Menonton cerita "Adnan Semp-It"
  2. Pergi membeli-belah apabila elaun masuk
  3. Menurunkan berat badan (mungkin impian ini dapat aku tunaikan kerana aku sudah tiada rasa untuk makan lagi)
  4. Mendapatkan semula pointer >3.70 & untuk tersenarai kembali dalam Senarai Dekan (tapi aku tidak pasti aku akan dapat belajar dengan semangat yang jatuh merudum)
  5. Menamatkan status bujang pada umur 26 tahun (dapatkah?)
  6. Bercuti ke Pulau Bali sebagai hadiah bulan madu untuk "suami" (adakah jodoh untuk aku?)
  7. Menjadi isteri yang baik & solehah (siapa akan menjadi suami aku?)
  8. Berusaha menjadi anak yang baik kepada kedua ibu bapa ku (aku banyak dosa pada mereka)
Setakat ini sahaja impian yang aku ingat.... Masih banyak lagi tapi aku tidak boleh nak teruskan menulisnya............

Aku berdoa semoga Allah memanjangkan umur kedua ibu bapa ku & meredhai kehidupan mereka sepertimana mereka meredhai aku.......

No comments:

Post a Comment