Thursday, January 14, 2010

Hatiku Tidak Sihat

Aku demam hari ini...
Selsema & batuk

Tapi sakit ini tidak setanding dengan sakit di dalam
Berapa lama lagi dapat aku tanggung?

Angan-anganKu

Sudah lama angan-angan atau lebih tepat lagi "IMPIAN" aku tetapkan dalam diri aku..... Tp sekarang aku tidak tahu samada IMPIAN-IMPIAN aku ini masih lagi dapat aku tunaikan.....

  1. Menonton cerita "Adnan Semp-It"
  2. Pergi membeli-belah apabila elaun masuk
  3. Menurunkan berat badan (mungkin impian ini dapat aku tunaikan kerana aku sudah tiada rasa untuk makan lagi)
  4. Mendapatkan semula pointer >3.70 & untuk tersenarai kembali dalam Senarai Dekan (tapi aku tidak pasti aku akan dapat belajar dengan semangat yang jatuh merudum)
  5. Menamatkan status bujang pada umur 26 tahun (dapatkah?)
  6. Bercuti ke Pulau Bali sebagai hadiah bulan madu untuk "suami" (adakah jodoh untuk aku?)
  7. Menjadi isteri yang baik & solehah (siapa akan menjadi suami aku?)
  8. Berusaha menjadi anak yang baik kepada kedua ibu bapa ku (aku banyak dosa pada mereka)
Setakat ini sahaja impian yang aku ingat.... Masih banyak lagi tapi aku tidak boleh nak teruskan menulisnya............

Aku berdoa semoga Allah memanjangkan umur kedua ibu bapa ku & meredhai kehidupan mereka sepertimana mereka meredhai aku.......

Semangatku terbang melayang...................

Semangatku terbang.........
Melayang entah ke mana.......
Mungkin hilang bersama hati yang hancur.........
Seperti debu yang ditiup angin........

Apa yang harus aku lakukan saat ini?
Pada siapa harus aku luahkan kedukaan in?
Ke mana harus aku larikan diri agar aku dapat lupakan semua yang berlaku tadi?
Bagaimana harus aku membayangkan bahawa semua yang berlaku tadi hanya satu mimpi ngeri yang akan hilang di saat kelopak mata kubuka?

Aku kehilangan punca.
Aku ketandusan rasa.
Aku kekeringan kata.


Wahai hati............
Cekalkan dirimu
Kuatkan peganganmu
Tabahkan setiap luka yang tercipta

Semangatku hilang~

KAU AKU

Kenapa bahagia bukan milik aku? Dosa apa yang telah aku lakukan untuk mendapat balasan seperti in?

Tidak layak kah aku untuk mencinta? Tidak layak kah aku untuk dicintai?

Apa yang harus aku lakukan sekarang? Adakah aku akan terus menunggu? Atau haruskah aku terus menunggu dan terus menunggu?

Aku cuma seorang wanita. Aku banyak kekurangan. Aku banyak kelemahan. Aku banyak melakukan kesilapan.

Aku insan yang lemah. Aku insan yang hina di mata kamu. Aku insan yang tidak layak untuk kamu.

Aku tahu itu.... Aku sedar akan kesemua itu...

Aku menangis kesedihan. Aku meraung kesakitan. Tapi siapa yang peduli akan kesedihanku? Siapa yang peduli akan kesakitanku?

Betulkah kamu bukan tercipta untuk aku? Betulkah cintamu bukan untukku lagi? Betulkah hatimu sudah tiada aku lagi?

Aku menjadi bodoh kerana C.I.N.T.A. Ya... Memang aku bodoh. Tapi aku tidak pernah menyesali akan kebodohanku.

Kerana aku tahu.... Aku sangat mencintai kamu. Sentiasa mencintai kamu. Dulu, sekarang & selamanya.

Dengarlah rintihan hatiku.....

Ya Allah, tunjukkan aku jalanMu... Dengarlah rintihan hatiku... Jika dia memang tercipta untukku, Kau peliharalah hubungan kami. Tapi jika sudah tersurat bahawa dia bukan tercipta untuk aku, Kau peliharalah rasa cinta & rasa sayang yang wujud dihatiku walaupun antara kami sudah tiada apa-apa lagi....



Friday, January 8, 2010

.........................................................

no suitable title for this post..........

i thought of these last night................. (actually when i was hardly push myself to sleep)










** Don't ask for my opinion if you've already made the decision


** It's better to suffer as a girlfriend to someone, rather than to suffer as a girlfriend to no one


** Does love mean to be loyal & faithful in joy & grief?


** People always do very very stupid things when they're in L.O.V.E


** Leave me if there's no L.O.V.E in your heart for me~





~adios~